Wednesday, 24 April 2013

Mangsa PLKN

ASSALAMUALAIKUM


    Pernah rasa tak ayah sendiri daftarkan anak dia untuk PLKN ? Kalau tak pernah jangan buat muka tepu tu jom dengar cerita aku . Okaylah aku nak cerita pasal nasib adik aku nie sebenarnya . Dua hari lepas aku sorang ikut parents aku lepak mamak dekat kajang . Adik-2 aku yang lain tak ikut aku tak bagi no way yelahh bebaik nak lepak kang dorang buat 'ceramah mengundi' pulakk kat sana . Bising okayy . Tapi dah biasa . Kakak mithali tahap degree mang cenggini . Sementara tunggu apa yang kitorang order tu ibu ayah aku pun borak-2 aku pun join the club . Okay nie klimaks cerita dia . Nie bukan klimaks untuk karangan tingkatan tiga okay . Tengah syok bercerita ibu aku terbabas menonong cakap dengan aku 'akak tau tak semalam ayah amek IC Azzat sorok-2 lepastu pergi pejabat PLKN daftarkan dia' . Aku  terus buat muka ketam darat expired . Ayah aku jangan cakap muka kelapa basi dia buat . Mana taknya rahsia negara dah terbongkar . Yelah orang lain terpilih adik aku TERdaftar . Lepas kekantoyan terus ibu aku cakap ' alamak akak jangan bagitau ajat tau ayah nak buat surprise untuk birthday dia yang tiga tahun lepas punya' . Padan muka kau jat hambek ayah daftarkan PLKN ! *monkey laugh* . Okay korang jangan try gelak tu cemana .


 



   Masalah sekarang aku bukan dengki atau nak padankan muka dia sebab kegiatan tak bermoral ayah aku nie tapi aku KEJEALOUSAN ! Kebetulan ayah aku memang kenal dengan ketua PLKN tu so dia bagi adik aku Kem Princess Haliza Sepang . Kem terbaik der siapa tanak . Yang tanak tu boleh pergi dapur skang tolong mak korang parut kelapa okay . Nak pulak dia dapat siri 1 punya . Aku dulu PLKN jugak tapi kalau aku tau dah lama aku mintak ayah aku tukarkan kem dekat sini . Okay bersyukur nadiah ! Mana taknya aku ingat lagi masa dalam bus before gerak ke Selama , perak . Kem aku dekat sini . Ada satu uncle nie jual simcard okay . Semua dia jual selain maxis . Dia kata maxis satu line ciput pun tarak . Nampak tak keharaman maxis disitu ? Okay mampuih aku kalau tauke maxis baca nie ! Disebabkan aku still nak teruskan hidup terpaksalah beli . Hambik kau kaya sekejap tauke tepon selain maxis time tu  . Adik aku sampai sekarang yakin yang dia tak dapat benda alah tu . Nasib kau jat dapat ayah mesra alam sangat . Apa-2 pun aku memang harap dia pergi sebenarnya sebab aku bukan nak hadap kepala botak atau kulit hangus dia nanti , tapi aku nak dia rasa pengalaman yang pernah aku rasa . Pengalaman yang sesetengah orang tak dapat rasa . Yang memula kita benci tulahh kita akan jadikan dia benda paling indah sekali . *Bekas pelatih PLKN sep sikit* . Poyolah nadiah ! Aku konfirm memula dia dapat tau nanti mesti dia mengamuk punya agaknya kalau boleh dia saman ayah aku tu dah lama dia saman . Tapi aku yakin lepas balik dari tempat tu mesti dia hadiahkan ayah aku kereta seminggu sekali happy punya pasal . *okay tu tipu nadiah* . Wa cakap sama lu wa kenal wa punya adik . hikhik .





Saturday, 20 April 2013

Bukit Broga

ASSALAMUALAIKUM


    Senanya harinie persatuan ibu aku persatuan wanita malaysia haa cenggitulah ada buat lawatan merangkak mendaki bukit broga . Aku sengaja menyibukkan diri menonong ikut ibu aku join lawatan mak-2 tu .Yelah sejak dah jadi suri rumahbumbung nie kann takde menda nak buat dekat rumah . Wa join lahh beb . Daripada kena kemas rumah baik aku join the mak-2 club . Okay makcik diluar sana jangan buat saya jadi menantu ! Biasalah kalau dah ikut rombongan mak-2 nie haa dia punya lambat kau sempat siapkan IC yang versi baru tu . Kepoh mulut dia pokpek pokpek . Korang boleh search dictionary apa tu pokpek pokpek kalau nak tau . haha . k tak lawak nadiah ! Makanan tu banyaknya nak bawak naik atas kalau boleh lepas PRU-13 nanti agaknya baru turun . Awal perjalanan okay lagi sampai tengah makcik-2 nie dah start buat sound suara . Yang aku terdengar . Jah oi jantung aku nak terbelah lapan dah nie . *nasib baik lapan* . okay ! ni pemandangan yang ciput aku nak kongsi ngn korang .

USHA BEBETUL KORANG BOLEH NAMPAK SOMETHING . OKAY TIPU :)

KABUS CIPTAAN ALLAH

CANTIK ORANG DARI PEMANDANGAN . OKAYY DAH BOLEH TEMBAK AKU GUNA BAZOOKA

AREA SINI ADA SORANG MAKCIK BUAT 'STUNT'

BACKGROUND LALANG PUN AKU TIBAI

IBU

ORANG TU SYOKK DATING . OKAYY CANTIK PEMANDANGAN

 
ADA ORANG DEKAT CELAH SEMAK TU . GUNUNG YANG INDAH 


    Dah sampai atas tu korang nak berpicnic boleh jugak . kitorang sampai atas melantak macam lepas nie tak turun dah lapo dia . tapi jangan bina rumah pulak atas tu . sesuka hati engkau je . Lega dia bila sampai atas ya allah alhamdulillah . peluh jangan cakap cukup satu tong minyak kot . Ibu aku ada cakap hari-2 daki nie bagus lemak boleh cair sebab tanah serap . Okay ibu aku merepek ! Tapi bestlahh pegi dengan warga ibu-2 nie dalam pokpek pokpek dia semangat dorang tabik spring lah . Lepas nie nak pergi dengan warga muda pulak insyallah kalau ada rezeki nak naik lagi .

Sunday, 14 April 2013

Student UiTM dilanda 'kemerdekaan'

ASSALAMUALAIKUM .


       Korang nak tau tak ? Emm, kalau tanak tau boleh lah klik button close dekat atas belah kanan tu . Meyhh lah nak cerita . Ya Allah , hari nie aku LAST PAPER untuk final exam . Last paper tadi costing . Perasaan dia berdetak berdetuk lain macam eksaited sebab course aku tutup pagar korang tau . Tak payah berdetak berdetuk sangatlahkan . Lepas hantar je paper tadi perghh rasa nak menari dangdut lagu asyik Amelina . *goyang pinggang*. Memey lah kebengangan sangat sebab nie pengalaman pertama aku tutup pagar . Aku ingat nanti nak salam pakguard ngn markguard UiTM nie alang-2 bagi mercun sekali sebab dah cuti sem kan . Tujuan mercun ? Okay merepek nadiah .


     Pengalaman tutup pagar nie memang sentap sikit sebab asyik dok tengok orang tarik beg je . Alang-2 tu baik dorang tarik aku sekali bawak balik rumah . Perasaan pun sedih meleweyh sensetip je tengok orang blah dulu kalah mak jiran aku yang mengandung korang tau . Okay tersedak makcik tu tetiba aku mention dia . Member-2 yang balik awal tu pulak kemain dia eksaited sampai lelompat bintang dapat balik awal . Korang kalau tengok muka dorang yang dapat balik awal arietu memang sejibik macam muka Didie Alias time ABPBH ! hahaha . lawak kan ? k .

      Lastly , akhir kata , penutup bicara . Aku redha walaupun sem nie tutup pagar sebab dah memang takdir cenggini *pandang bawah* . Sebenarnya takde rasa pishangg sangat sebab ada kengkawan yang mereng lagi sengett dekat sini . hihi . Okay kepada stalker and reader yang dah tak lama lagi nak final exam GOODLUCK okayy sayang-2 semua . Pn Sri Nadiah akan sentiasa mendoakan korang .*okay boleh campak aku dekat loji tahi* Insyallah !



                                               *Apakah tujuan gambar nie ?*

*Bukan Justin Bieber je ada fever bohh*


 
                                                               *AMIN YA RABBAL ALAMIN*

Thursday, 11 April 2013

Pelik BinBinti Comel ?

ASSALAMUALAIKUM .
  

  Ayah dengan ibu bagi nama aku Nadiah Asyiqin . Stalker and reader sekalian boleh panggil Datin , Puan  Sri *okay jangan poyo nadiah* . Korang boleh panggil NAD . Tapi ingat bukan nad a.k.a kacang yang korang beli dekat uncle india tepi masjid tu taw . Sebenarnya  nie first post aku . Selamat berkenalan ! Susah naw jugak nak mewujudkan blog nie kan ? takpayah nak mewujudkan sangatlah . Aku kena godeh-2 , tonyoh-2 and skodeng-2 blog orang nak tengok . Memang mencabar minda jugaklah sebab business math pun tak rumit camnie . hahaha . k tak lawak !


Okayy ! Mesti korang nak tau kan kenapa entry aku nie tajuk dia agak kesakaian ? Kerana ! Selama 19 tahun aku dah gagah hidup nie ada 5 orang yang cakap aku nie PELIK . Pelik okayy ?



 Contah ayat : Kau nie peliklah nad , kau patut cuba ujibakat raja lawak !


then , aku teruslah buat muka duit syiling 50$ yang versi baru tu . korang boleh pergi cari duit syiling tu kalau nak tengok cemana . 5 orang manusia tu @syaafikaa , @mieraamohamad , @KocikComel , @Wanieazreen and @NadiaFansury . Padahal aku sama je macam dorang jugak ada usus dalam perut . okay aku start merepek ! Cuma aku lahir tak cukup bulan je . 7 bulan dah terkeluar . Ayah aku cakap badan aku besar botol 100 plus tu je . Nampak tak aku semangat nak meneroka dunia ? ayat jangan mintak kaki nadiah ! Tapi aku NORMAL . Korang kena percaya yang aku memang normal ! *muka simpati*


SEBAB-2 DORANG CAKAP AKU PELIK


  1. Bila TERmakan bawang muka aku akan terus berubah macam tengah tengok azwan ali kalau jadi pengacara Nona .
  2. Sebab aku suka pegang tahi misai lipas . hahaha . *okay jangan percaya* 
  3. Sebab aku kalau ambil lauk , sayur tu boleh kira sebulan sekali terlibat dekat dalam pinggan aku .



Aku tak sepelik + seaneh seperti sedara-2 di bawah nie 



  
* Selamat tinggal wahai tikus *


* Biasa aku guna 6 batang pisau sekaligus *


Tapi aku tetap sayang korang lah minah-2 semua . *Sukalahh tu korang* . Tapi korang ketiga aku sayang , sebab kedua AA ! haha . k gelak cover ! Hargailah kawan anda demi nyawa orang yang tersayang . Koranglah kawan + sahabat + mini musuh aku ! hihihi