Monday, 27 May 2013

Bird Park Kuala Lumpur

ASSALAMUALAIKUM


dunia burung . cehh ayat

Tajuk macam nak cakap pasal lawatan sekolah darjah 6 lepas habis UPSR ye dokk ? k . dekat sini takde kena mengena pasal lawatan sekolah kebangsaan atau sekolah agama . Rapatkan mata dekat depan lappy k jangan rapat sangat sebab aku tanak tanggung kos korang beli cermin mata nanti . adoyy jenaka sangat nadiah .


Kitorang se-family pergi taman burung haritu time wesak day tapi tersempat updatenya baru harinie . kau pikir orang heran ke nadiah bila kau nak update blog ? k . Nampak kan kebusyian aku ? Mana idoknya ate , busy berbincang dengan menteri selangor pasal nak ratakan jalan yang berlobang-2 dekat area kajang nie . ehh ? siapa percaya memang bijaksana . *tepuk tangan*


Agak ramai jugak arietu . Yelah aku pikir taman burung konperm berapa kerat je yang terniat nak pergi . Mana tau ada yang pikir baik kacau dodol dekat rumah daripada tengok burung tu . mana tau je . Masuk je memang memacam burung yang aku nampak . Burung yang dari aku lahir tak pernah nampak pun boleh terjumpa . Sekaligus menambahkan lagi pengetahuan aku yang sememangnya cetek metek pasal burung nie . ada satu nama burung nie memang kalau dia orang kau rasa nak lempang terajang masuk loji tahi je . ENGGANG GATAL BIRAH namonyo . Tapi burung nie tak memaparkan langsung perangai dia macam nama dia . Aku dengan kurang cerdiknya pun buatlah bunyi burung dia buat derk je . Kedua , burung kakak tua . bukan janda tua k . Dia balas Hello aku tapi kena sebut jelas dan kuat kalau tak dia buat derk je . aku punya excited jangan bayangkan macam tengok makcik Ros kilauan emas tengah perform . 

 


Lagi satu burung nie badan dia warna merah metalik . seksi nokk . sekor sesat dekat situ . aku rasa nie mesti burung paling hot sentapp dekat situ .
 

adik-beradik sampai mati . k tu rangka ori



gedik pedik medik ? k .


Tuesday, 21 May 2013

Otak - otak

ASSALAMUALAIKUM


Otak-otak dari Google

Apakah ini ? sejenis jamu mak dara selepas bersalin . boleh didapati di kedai rakyat 1 Malaysia . jenaka sangat kan . k boleh ikat aku bagi piranha makan . dah terang lagi bersuluh guna torchlight lah nadiah kan otak-otak nie . makanan yang kena bungkus tu . Bukan 'gula-gula' k .


Al-kisahnya , sabtu lepas aku balik kampung dekat Muar . Ate , lama rasanya tak balik jenguk nenek aku sampai kenkadang terbit *cehh terbit* rasa macam aku nie cucu derhaka tapi kechomelan pulak . ehh ? terlebih gedik sudah . k otw nak balik tu dekat traffic light aku nampak satu kain rentang pasal promo otak-otak . Nama besar 'OTAK-OTAK GOMBAK' . kemain nama kau . Ada otak-otak ikan , udang dan USUS . K usus tu  bagi aku memang first time dengar . hempedu , hati tarak ka ? . Sedang tu , traffic light dia pulak lama macam kau sempat siapkan kuih tart satu loyang . kenapa tart ? Berbalik kepada cerita tetiba aku terdengar conversation adik-2 aku . Nadiah Allysa & Azziz Azizi (AJ) . Bayangkan conversation budak bawah umur yang skru dia tertinggal dekat thailand .
Conversation :


Allysa : AJ , tengok tu O.T.A.K-2 *eja* haa otak-otak

AJ : *bisik tapi kuat* eii , kak Ica kesian kan lembu tu ?

Allysa : Ha'ah . Jahat betul pakcik ngn makcik tu . bongok !


k . ayat bongok tu bukan aku cikgu dia . dia belajar dekat sekolah dengan kengkawan maybe . cehh ! Kebetulan tauke dia keluar pakcik makcik nielah yang adik aku maksudkan . Tersedak keluar otak-otak pakcik ngn makcik nie adik-2 aku kutuk diorang . k sekarang nie adik aku hengat otak-otak nie cara buat dia kita ambil otak atau usus lembu yang lepas sembelih tu bungkus then masuk mulut . Apadehal dengan otak adik-2 aku nie pulak . Aku punya gelak memang takyah bayangkanlah ekzos kereta keluar air apple susu pun aku tak perasan . k tipu . Ibu pun terangkanlah dekat budak berdua nie pasal otak-otak and berapa percent ratio probability yang masuk dalam kepala dorang tu ate entahlah . Agaknya otak-otak hempedu sedap tak ?




otak-keotakan


Thursday, 16 May 2013

Burger Bakar Abang Burn

ASSALAMUALAIKUM


  
Burger Bakar Abang 'BAKAR' 

 Okay , dekat atas tu gambar burger macam yang korang nampak . Bukan gambar Kwang Soo running man yang tengah pakai topeng zirafah . k lawak sangat . Tetengah tu lidi kayu . Bukan tiang bendera sekolah menengah . Burger Bakar Abang Burn nie terletak area sungai ramal . 

Malam semalam nak dekat pukul 11 jugaklah ayah aku ajak kitorang sefamily pergi Mcd . Mengidam burger dia cakap . Mengidam ayah aku nie kalau dah tahap degree memang jenuh . Aku terpikir jugak kalau nak mentedarah burger je kenapa mesti  Mcd ? kenapa tak dekat coolblog ke . k . Bosan kan ? Okay yang rasa tak bosan tu boleh pergi dapur skang ambil roti cecah dengan downy yang botol merah tu . k tak lawak . Macam aku cakap kita nak kelainan kan dalam makanan ? Tapi sokayy setiap orang citarasa dia berlainan . Sampai je tempat kitorang nak pergi tu memang ramai sangat . kesangatan ! order punya order sampai jugaklah burger dia . Haa cam dekat atas tulah gambo burgernya . Bukan rupa nasi kandar thailand . k aku tengah buat jenaka nie . Ayah dengan ibu aku order daging kambing tapi belum sempat aku snap satu picture dah ditelannya . ate , tak menyabo . Adik-2 aku yang lain order meatball . Aku dengan adik-2 aku yang lain takde masa nak bersopan santun budi bahasa budaya kita nie kalau dah jumpa cheese mecheese nie . Garfu sudu campak bawah meja . k tu tipu ! Tangan lah permulaannya .  Double cheese dia terlalu menarik . Sebab aku memang penggemar sejati setia cheese . Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan masuk mulut memasing takan masuk poket seluar jiran sebelah rumah pulak kan . k sakai .



Meatball with black pepper sauce

Sunday, 12 May 2013

Si Pesakit & Rakan-2

ASSALAMUALAIKUM


                                                       
kiri : zawir , nadiah , mika , ikin



Stalker and reader semua hye *lambai kaki* . Okay jangan try cemana lambai guna kaki tu sebelum aku rendam korang dengan air mengkudu . Tujuan air mengkudu ? k . Membajet kan kau nadiah nak stalker-2 bagai macam orang hadap nak tengok blog kau . Yeke ? k . Mukadimah nie je aku dapat rasakan yang korang nak sumbat aku dengan tempe berkulat .


Sebenarnya harinie aku pergi melawat kawan kerja dulu a.k.a abang angkat aku and mika dekat Hospital Serdang . Tapi kitorang pergi sana tangan kosong senanya buah tangan hamende semua tak bawak . nampak tak kitorang lupa adab melawat pesakit ? Okay pakcik makcik diluar sana jangan buat kitorang jadi besan . haha . k sakai ! Kitorang menumpang kereta abang Hanan pergi sana . Kawan baru okay tu ! haha . k tak lawak . Nama pesakit nie zawir and dia sangatlah baik sampai kenkadang makcik-2 dekat luar sana nak buat dia jadi menantu . Sukalah tu abang zawir ! Bayangkan . Takpayah nak bayangkan sangatlahkan . Kalau naik kereta dengan dia confirm dia akan bukakkan pintu kereta untuk perempuan sahajalah . Tak kisah mak orang , anak orang , jiran orang , cucu orang janji perempuan  ! Yes ! Kan abang zawir ? hikhik . Tak caya ? Percayalah demi orang yang anda sayang . k . Dapat jugaklah melepaskan rindu rinduan setelah 366 hari tak berjumpa .


Melawatnya sekejap je menggatal usha doktor je lebih . Nampak kan permainan kitorang ? Budak gedik medik mang cenggini . Balik tu kitorang singgah makan dekat RED REBONG CAFE . Area Bandar Seri Putra , Bangi . Okay dekat sini aku nak promo sikit pasal kedai nie . Restoran nie sebenarnya dia lebih kurang macam Ayam Penyet-AP tu tapi nie versi Melayu . Memang lebih kurang tapi ada kelainan dia . Nak tau ? Datanglah . Aku bukan pengacara jalan-2 cari makan k nak terangkan semua secara detail . But ! Wa cakap memang tak rugi kalau pergi . Serious . Yang aku tau abang hanan nielah yang menguruskan tempat nie . Sorry abang kalau salah maklumat . hikhik . Sesekali kita memang perlukan kelainan kan dalam makanan ? 
















 

 NOTE : Nad nak cakap terima kasih dekat abang hanan and kak ikin sebab melepak harinie dengan kitorang . memang rindu sangat walaupun tak cukup ahli lepak . Sorry sebab kena layan perangai gedik sakai kitorang yang comel momel nie . hah ? hikhik . k boleh hempuk nad dengan dulang kuih raya . Kitorang jugak doakan abang Zawir cepat sembuh dan dapat jumpa abang reza sekali . Jumpa lagi nanti okay ? *sep*





Friday, 3 May 2013

Rombongan Kak Jemah

ASSALAMUALAIKUM


 Dua hari lepas aku keluar dengan si gedik medik @syaafikaa a.k.a mika dengan teah . and ada beberapa kawan PLKN aku yang kebetulan terserempak . Rombongan lah nie kan ? Sekali pandang aku buat derk dia buat derk dua kali pandang memasing muka tepu macam tengah makan budu guna straw . Tiga kali pandang barulah mesej sampai dekat otak aku . Ohh kawan lah ! Kitorang pergi PWTC tengok ermm orang berronggeng . hahaha . k tak lawak ! Tengok Pesta Buku Terbesar 2013 . Nie kali kedua kitorang pergi and tanpa voucher buku . Harapan aku senanya nak jumpa Izzue Islam tapi tak dapat . Takpayah nak harapan sangatlahkan . Sendiri yang salah tarikh . Yang pergi sana voucher tak habis lagi seghonok lah bershopping buku bagai nak rak almari semua kan . Sampai port komik aku agak nak meroyan senanya . Then kitorang terserempak dengan Heliza AF & Hilal Ashraf . Niat lah nak bergambo kan tetiba sorang makcik nie haa beli buku dulu baru boleh bergambar dengan heliza . Haa ? Dengan sesak mesak dengan adanya adegan tolak menolak kitorang batalkan niat murni tu . Sebelum member aku ada yang patah riuk tak memasal cuti sem nie masuk sepital kitorang gerak g tempat lain . Member aku yang Teah nie dia warak sikit . Okay bukan sikit tapi banyak . Kitorang teman dia beli buku-2 agama . Aku dengan mika ajet-2 je tak beli pape pun . 


Dari Kiri korang : Teah , Mika and Datin Nadiah *cehh*

Lepastu , three four five . Okay boleh rendam aku dengan clorox . Kitorang singgah Midvalley nak makan punyer pasal . Tempat biasa nak makan tutup renovation apa ntah . Jangan tanya aku dia renovate apa sebab aku bukan anak tauke tu . Sampai dekat Food Junction kitorang melantak . Si Teah order Kimchi , aku dengan mika nasi paprik thailand yang lagi sorang tak ingat . Before makan aku ajak mika g tandas tapi aku cakap lahh paip dia memang buat aku rasa nak berkhemah dalam tandas tu . Kalau bolehlah ! Kita sebagai orang melayu aku rasa time tu nak balik rumah je kalau dah hujung-2 . Jenis yang low , medium and high . Aku pernah jumpa keadaan cenggini dulu tapi takdelah sesak sangat . Okay je tapi yang nie kena test dulu kalau tanak lencun kang tak memasal keluar tandas jadi badut Mid . Tapi aku gagahkan jugak belajar cara penggunaan dia . Betul lah ilmu ada dimana-2 . hikhik


kami sahabat menyabat



@nadiahasyiqin , @syaafikaa
 


Tugu Negara

ASSALAMUALAIKUM

Lama jugak jejari aku nie tak bergusti atas keyboard laptop nie kan ? Siapa yang rasa tak lama tu haa boleh laa bagi aku pemerah pipi cap lima jari okay ? Almaklumlah busy banyak . Busy dia kalah menteri Selangor . *okay gelabah* . Walaupun kebusyian aku gagahkan jugak nak cerita dekat korang apa yang kitorang satu family buat waktu labour day arietu . Kitorang satu family pergi pelabuhan order tali kapal . Tujuan tali kapal ? hahaha , k tipu !

 Sebenarnya haritu ayah decide nak pergi waterpark tapi hujan pulak confirm bahaya dia tahap degree . So , cadangan kedua ayah ajak pergi tugu negara . Aku setuju je yelah dari terperap dekat rumah macam tauhu busuk tunggu nak berkulat je baik ikut kan . Memula aku tak tau menahu apa motif ayah aku nak bawak g sana . Last-2 dia cakap tu tempat paling ringkas . Before tu kitorang singgah Tasik Perdana dulu berpicnic lah kengkonon . Bawak makanan haa menetap kat sana sementara . Yang mantapnya , tetengah makan bak datang seekor monyet . Dia datang waklek dalam keadaan aman je . Monyet tu datang arah kitorang then bila makin dekat dia hulu tangan beb . Tapi , monyet zaman globalisasi memang berbudi bahasa naa . Nanti aku rekomen dekat korang monyet tu . Boleh jadi kawan . Merepek ! Dah dia menadah tangan kan ibu aku terpaksa lah bagi satu meatball yang kitorang bawak . Sebab ibu aku cakap jangan kedekut dengan binatang yang berbudi bahasa dengan kita . konon ! 

Sesampai dekat tugu negara perghh ! ramai orang beb . Sesak mesak ! Okay nadiah kau hengat tugu negara tu keturunan kau punya ke yang kau ingat kau sorang je boleh datang ? Budak PLKN paling ramai 8 bus derr . Nampak tak aku kira jumlah bus ? Sempat revise math lagi . Bebudak tu semua dari Sabah bahh . Ayah pulak tengah orang dok sesak mesak dia boleh tetiba tabik spring dekat depan tugu tu . Okay aku tau semangat patriotik waktu pilihanraya cenggini . Gambar dekat bawah nie lebih gedik orang dari tugu negaranya .

















Okay gambar air redbull nie sebab time nie dia tengah buat promosi dekat situ . Dengan ada kereta lambang redbull bagai . Try okay air nie ? Kalau tanak try g minum clorox sana .