![]() |
| Otak-otak dari Google |
Apakah ini ? sejenis jamu mak dara selepas bersalin . boleh didapati di kedai rakyat 1 Malaysia . jenaka sangat kan . k boleh ikat aku bagi piranha makan . dah terang lagi bersuluh guna torchlight lah nadiah kan otak-otak nie . makanan yang kena bungkus tu . Bukan 'gula-gula' k .
Al-kisahnya , sabtu lepas aku balik kampung dekat Muar . Ate , lama rasanya tak balik jenguk nenek aku sampai kenkadang terbit *cehh terbit* rasa macam aku nie cucu derhaka tapi kechomelan pulak . ehh ? terlebih gedik sudah . k otw nak balik tu dekat traffic light aku nampak satu kain rentang pasal promo otak-otak . Nama besar 'OTAK-OTAK GOMBAK' . kemain nama kau . Ada otak-otak ikan , udang dan USUS . K usus tu bagi aku memang first time dengar . hempedu , hati tarak ka ? . Sedang tu , traffic light dia pulak lama macam kau sempat siapkan kuih tart satu loyang . kenapa tart ? Berbalik kepada cerita tetiba aku terdengar conversation adik-2 aku . Nadiah Allysa & Azziz Azizi (AJ) . Bayangkan conversation budak bawah umur yang skru dia tertinggal dekat thailand .
Conversation :
Allysa : AJ , tengok tu O.T.A.K-2 *eja* haa otak-otak
AJ : *bisik tapi kuat* eii , kak Ica kesian kan lembu tu ?
Allysa : Ha'ah . Jahat betul pakcik ngn makcik tu . bongok !
k . ayat bongok tu bukan aku cikgu dia . dia belajar dekat sekolah dengan kengkawan maybe . cehh ! Kebetulan tauke dia keluar pakcik makcik nielah yang adik aku maksudkan . Tersedak keluar otak-otak pakcik ngn makcik nie adik-2 aku kutuk diorang . k sekarang nie adik aku hengat otak-otak nie cara buat dia kita ambil otak atau usus lembu yang lepas sembelih tu bungkus then masuk mulut . Apadehal dengan otak adik-2 aku nie pulak . Aku punya gelak memang takyah bayangkanlah ekzos kereta keluar air apple susu pun aku tak perasan . k tipu . Ibu pun terangkanlah dekat budak berdua nie pasal otak-otak and berapa percent ratio probability yang masuk dalam kepala dorang tu ate entahlah . Agaknya otak-otak hempedu sedap tak ?
![]() |
| otak-keotakan |

